Khamis, 20 Januari 2011

khurafat (shirik)

Hari ahad lepas aku pergi tengok khurafat filem arahan shamsul yusoff, memang best la cerita nye, kira tak rugi la aku beli tiket n berpenat leleh kejar naik tangga semata nak tengok filem tu.

Pada korang yang tak tengok lagi aku suggest kan pergi la tengok sebab movie nie memang best sangt.

*Dari pada 5 bintang aku nak bagi 4.5 bintang untuk this story......( ^_^ ).


The best malay scary movie i have seen.




Selasa, 18 Januari 2011

surat sengal....

Minggu lepas ofis kitaorang ada buat kursus pengurusan pejabat berkesan, semua staff di wajibkan menghadirkan diri ke kursus tu, jumaat petang tu kami pun begerak ke tempat kurusu di hotel awana, genting highlands.

Kursus okey je berjalan lancar, penginapan pun okey, makan minum pun best dan udara memang sejuk tak penah la aku tidor hotel tak pasang air corn kat sana usah kata air corn kopas pun tak pasang, huhuhuh...

Macam2 yang di kursus kan, penceramah pun okey je, parat paling last blaja nak buat surat surat tu memang best dengan itu aku serta kan surat yang die bagi pada kitorang nk kesan kesalahan surat tu...


surat yang sengal

Time aku baca je surat nie terus aku gelak besar, tp mmg happening la surat nie sempoi...hehehehe.....

Jumaat, 7 Januari 2011

Makan Malam

Malam tadi aku pegi makan dengan insan tersayang, ok la cuma keadaan sedikit suram pasal hati aku tengah sakit lagi kan tapi sebab nak teman and nak sangat jumpe die, pasal hari nie aku dah nak pegi genting highlands ade kursus 3 hari, 3 hari je tu pun dah macam-macam die pesan kat aku.



Gambar hiasan

antara pesanan nye : -

1. Pegi sana kursus, kursus je jangan curang-curang.
2. bie jangan nakal-nakal tau.
3. kalo bie boleh buat abg pun boleh buat.


Diatas adalah antara pesanan penaja yang aku terima, kadang-kadang tak paham kenape susah sangat nak pecaya, tapi sebab dah sayang aku sabar kan aje.


Isnin, 3 Januari 2011

Sekolah dan Kerja

Seperti biasa bagun pagi suatu yang paling susah nak baut dari kecik sampai besar. Pagi nie jalan agak bz tapi tak lah teruk sangat masih terkawal dan tak ramai sangat yang bepusu2 nak hantar anak ke skolah, mungkin awal lagi time aku keluar pagi tadi so jalan tak la sesak sangat.

Orang yang nak pergi keje pun tak ramai sangat hari nie, agak nya ramai yang cuti kot pasal nak hantar anak2 pergi skeolah mana yang anak baru nak daftar tu kan.

Aku seperti biase bergerak pada waktu aku sendiri dan memandu dalam kelajuan aku sendiri cuma ayah yang keluar awal pagi hari nie sebab die takut jalan sesak pagi2 sebab hari baru bagi tahun batu kan.

Apa pun untuk adik2 yang baru masuk sekolah dan pada yang nak mulakan kerja yang baru semoga success smpai hujung tahun okey.

Ahad, 2 Januari 2011

Derma Darah

Petang tadi lepas mandi and semayang zohor dapat 1 masej dari nabila:-

Nabila : Sue Kat giant Kota damansara ade derma darah.

Aku tanpa buang masa terus siap2 ajak mak aku pegi giant semata nak derma darah sebab lama sangat aku tak derma darah, last derma bulan 3 tahun lepas so alang2 dah ade nie donate je la.

Blood donate ok je juz mula2 tu je yang prob sikit pasal urat pada tangan kanan aku tak timbul, kecian nurses laki tu..hehehe. Tangan kanan Dah Prob die suruh tukar seat amik tangan kiri pulak, nasib tangan kiri ok, takde prob senang je die masuk kan jarum and tak la sakit sangat.

Macam biase la kalau amik darah dorang akan amik 450 amaun je, kali ni rase macam biase je sebab nie kali yang ke 5 aku derma darah.

Tapi nak dijadikan cerita malang nye nasib aku hari nie time nak masuk dalam giant tu aku gopoh sangat sampai jatuh HP baru aku atas jalan so ape lagi betobek la, sakit nye hati tak tau nak cakap la, kecewa giler tengok HP tu.

Balik rumah hati rase nak marah je, msj dengan bf aku pun mcam nak marah kecian die asik kena dengan aku, nak marah orang lain sedang kan silap aku, smpai kan mak aku cakap jangan baran sangat,...hehehehe...lepas mak pujuk aku bebaik baru la rase sjuk sikit hati aku.

Sabtu, 1 Januari 2011

Ucapan Tahun Baru

Masih tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kat seluruh dunia, tu pun kalau satu dunia baca blog aku la.....(heheheeh).

Semoga segala kenangan tahun 2010 di kemaskini sebaik mungkin dan di keluarkan semula untuk menjadi panduan untuk tahun 2011 mendatang nie.
Ape pun semoga tahun 2011 nie lebih bermakna dan menjadikan kita lebih tabah dan dewasa dalam segala perkara...AMIN.

Untuk azam tahun nie aku harap aku akan jadi yang terbaik dan lebih baik dari tahun 2010, semoga 2011 nie membawa tuah dalm pejalanan hidup.

Hazri dan Sue

Daisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers