Ahad, 14 Ogos 2011

Takziah buat keluarga arwah...

Orang kata, sesiap yang meninggal pada bulan ramadhan dan hidupnya derita kerana sakit teruk, di akhirat di ringan kan beban nya (umat islam) waallahwalan.

Semalam aku balik kampung, pukol 6 tadi baru sampai kota damansara, semalam hati aku teringin sangat nak pegi melawat bakal mak mertua aku yang tengah uzur (ketumbuhan behampiran mata dan pipi). Aku pegi masa tu dah tengah hari, dalam pukol 2 sampai rumah die, masa sampai 2 langit mendung je dan hujan mula turun bile tiba depan rumah, masa tu yang ada kat rumah, adik BF aku yang no.5 n no.3 n abang die yang no.2, abah die pun ada jugak.

Masa aku musuk dalam rumah tu mak die dah terbaring je kat ruang tamu depan bilik, badan nya kurus sangat tak macam aku jumpa masa kat hospital bape bulan dulu, rupa nya lama dah aku tak jumpa die, masa tu air mata nie macam tak mampu di tahan-tahan serta merta mengalir keuar, walaupun die bukan mak aku tapi hati perut aku nie penuh dengan rasa simpati ya amat-amat sangat, tambah sedih lagi die dah tak cam aku, rupa die derita sangat, aku yang tengok pun rasa derita ape tah lagi die yang menanggung.

Aku sembang dengan abah die tanya tentang kesihatan mak cik, pak cik cakap bengkak tu ada kurang, die bagi tengok gambar perubahan pada ketumbuhan tu, memang nampak susut nya, aku ada jugak tanya kot2 ada dapat bantuan daripada kebajikan masyarakat, tapi tak ada pun yang bagi bantuan, kalau ada pun cuma satu company yang terbaca kisah mak cik sakit nie dalam paper n datang supplie kan ubat dalam bentuk makan n sapu, sambil tu dornag datang untuk tolong cuci luka hari2.

Tapi, masa hari yang aku datang semalam, pak cik cakap mak cik dah seminggu mak cik macam tak berapa sihat, die tak nak bagi tau BF aku n anak pempuan die yang kat klang risau diorang kelang kabut. Doktor yang datang merawat selalu tu pn tak datang cuci luka semalam. Lebih kurang sejam aku kat rumah tu, aku pn mitak diri nak balik, aku salam mak cik n cium tagan die lama2, sebak rasa dada nie, seblom balik ti die minum cikit n dengar die cakap die dah nak pegi (mati) aku cepat2 cakap " TAK MATI NYA, NANTI SIHAT LA TU YE" dalam hati aku dah tekad nak cari kan ustaz nak ubat kan makcik. Aku hulur tangan kat pak cik n sedekah berapa yang ada, sebab pak cik dah tak kerja sebab mak cik tak bagi tinggal kan die. Pada riak muka pak cik aku nampak kesedihan yang ada dalam hati die.

Aku pun gerak balik, on the way balik tu aku call BF aku bagi tau aku pegi melawat mak die kat rumah (BF aku duduk klang, keje) masa call die tu terus aku menangis lagi sebab aku sedih sangat, die tanya kenapa tapi aku diam je, last nya die suruh aku drive dulu sampai rumah baru call, aku pun drive sampai rumah dah sampai tu aku msj die tapi masa tu die atas motor on the way balik rumah baru pas kerja. Die sampai rumah die suruh aku call die balik, bila aku call balik die cakap mak dia dah tak ada sambil die menangis, aku serta merta terus mengis, dapat aku bayang kan muka die yang penuh kesedihan tu.

Hari nie , aku datang lagi melawat mak cik tapi apa yang aku nampak cuma tubuh kaku yang dah bebalut kain putih, aku teringat masa2 dulu mak cik suka gurau dengan aku, die baik, masa tido rumah die, die selimut kan aku macam mak aku, akak BF aku datang n peluk aku kesian dorng sebab tak sempat jumpa mak. Raya tahun lepas masa aku datang rumah die ada lagi, tapi tahun nie die dah tak da dah. Masa berlalu pantas sangat, segalanya dah tak ada semua dah berubah, ape yang kita mampu bedoa dan terus berdoa.

Mak cakap, agak nya mak cik tunggu aku datang melawat die, sebab tu die terus betahan, tp semua tu kuasa allah, cuma terima kasih allah sebab memberi kesempatan pada aku untuk jumpa mak cik sebelum akhir hayat nya.

p/s: buat keluarga arwah semoga tabah menghadapi dugaan dari allah, buat arwah saya sentiasa akan kenang mak cik dan sentiasa akan doa kan mak cik....sesungguh nya yang benyawa pasti akan mati.



2 ulasan:

adlina berkata...

mengalir air mata bila baca entri ni. takziah atas pemergian mak cik. sama2 kita doakan rohnya ditempatkan dlm klngan org beriman. Amin!!

sue berkata...

terima kasih adlina...AMIN.

Hazri dan Sue

Daisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers