Khamis, 14 Jun 2012

Selangkah Menuju Ke Arah Kebahagiaan

Sedar tak sedar dah hampir 5 tahun perkenalan kami, 2 Jun 2012 kami melangkah setapak ke suatu alam yang baru dengan ikatan pertunangan, maka termeterailah satu perjanjian untuk melangkah ke alam seterusnya.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali, majlis secara kecil-kecilan itu di hadiri kaum keluarga dari sebelah ayah dan mak serta jiran-jiran rapat dan sahabat-sahabat old skool. 

Majlis bermula pukul 12 tengah hari, dimulakan dengan mesyuarat keluarga dan doa selamat oleh tok cu dan pada pukul 2 petang rombongan pun sampai, pembuka kata tepak sirih dan sirih junjung di keluarkan sebagai memenuhi adat bagi orang perak semasa memulakan bicara kata.

Janji dimeterai oleh kedua-dua belah pihak, maka dengan itu rasmilah sudah aku menjadi tunangan kepada pak cik hazrie a.k.a D.E atau sekarang my mr.tunangan..hehehe..!! Selangkah lagi untuk kita bersatu, bertunang tidak bererti kita bebas melakukan ape yang kita suka, adap dan sopan masih harus di turuti..jaga-jaga !!!!.

Tersarung sudah sebentuk cincin di jari manis ku sebagai tanda bahawa aku sudah pun ditanda milik oleh seorang lelaki yang bakal ku sayang sepenuh hati sehingga akhir hayat ku, yaallah bahagianya hidup terasa berbunga-bunga hati ni..huhuh !!!

Buat arwah mak (mak mertua), mungkin kita tak sempat berkenalan dengan lebih rapat tapi jangan risau, Sue janji, sue akan jaga D.E sebaik-baiknya, mungkin bukan mak yang sarungkan cincin pada sue tapi terima kasih sebab hadiahkan sue sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya (sepasang telekung), sue sangat terharu dan akan sue gunakan sebaik mungkin supaya pemberian tu tidak di sia-siakan..T_T.

Mohon berkat daripada semua, doakan kebahagiaan kami. Semoga segala persiapan untuk kami melangkah ke alam yang lebih mencabar tiada penghalang dan jauhkanlah kami dari segala malapetaka yang tidak di ingini..Amin.

p/s : Nantikan cerita persiapan majlis besar pulak okey..(^__^)


ini la my mr. tunangan ^__^

Sabtu, 24 Mac 2012

Simpati, terharu dan kagum

Hai semua, second entry untuk hari nie,, ehhh jangan pelik pulak ye kenapa aku tetiba rajin pulak la nak menaip entry kat blog nie..huhu...kejap rajin kejap malas, rajin n malas nie macam biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada....hehe.

So lets start the story mory..hehehe...so, hari nie aku pergi putrajaya (Hospital Putrajaya) kenape? bukan aku yang sakit tapi pergi melawat orang sakit. Hari selasa lepas sepupu aku kemalangan berlangar dengan teksi rosak dekat sepang, dasyat betol kaki belah kiri teruk sangat sampai masuk besi dekat betis dan peha.

Kesian tengok nye, dah la ubat masuk je (ubat jenis cecair : moffin) sampai nak makan pun tak lalu sebab tekak terasa loya, nak bau makanan pun tak boleh. So tido rje la kerja nya sebab mabuk ubat kan.

Tepat pukul 2 kami pun berangkat la sebab waktu melawat sampai pukul 2 je, asal ingat nak balik terus tapi singgah pulak dekat rumah abang nya dekat presint 11 dulu, pukul 4 lebih baru gerak balik, tapi singgah pulak lagi dekat giant USJ membeli barang2 keperluan dulu (kerjanya sik menyinggah je).

Lepas siap membeli semua benda, aku pun keluar tapi tak terus pergi kat kereta sebab tunggu mak ayah aku pergi tengok jualan murah kat parking kereta, so aku pun tunggu la kat tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang.

Sementara menunggu aku pun tengok kiri, tengok kanan, pandang depan, pandang belakang (berapa banyak tengok dan pandang la) lepas tu mata aku terpandang la pada seorang lelaki cina (rasanyalah) sebab putih n sepet je matanya..bersama2 lelaki 2 ada sekor kucing, aku pun terus lah perati kat kucing n laki 2.

Mulanya laki tu nak pergi ke kereta dia, tapi kucing tu asik mengiau kat kaki dia n follow je dia, lepas tu aku tengok laki tu ketepi kat celah tempat parking motor dan dia letak beg pelastik dan beg kerja dia, lepas tu (berapa banyak lepas tu la) dia bukak beg kerja dia dan keluarkan beg pelastik kecik dari dalam beg tu, aku ingat ada apa rupanya dia bagi kucing tu makan.

Masa tengok laki tu terbongkok2 keluarkan bekalan makanan dia bagi kucing tu aku rasa mulia sangat hati dia dengan binatang, sebab susah nak jumpa orang yang perihatin macam tu sebab kadang2 kita sesama manusia pun kita buat tak endah nie pulak dengan binatang yang tak tau apa tu, sebak aku tengok kucing tu almaklum la aku nie penyanyang orang nya lagi2 dengan kucing, cuma masa tu aku ada air je n kucing tu pun tak datang kat kaki aku, kalau datang mau nangis aku tgk kucing tu..huhu.

So motif entry aku nie cuma nak cerita pasal LELAKI & KUCING tu je..hehe...tapi sebalik cerita tu kita boleh fikirkan kenapa kita di bagi hati perot dan akal, so sebagai penutup sama2 lah kita fikir k, jumpa lain entry ok...=)

p/s : rasanya lepas nie aku nak beli makan kucing banyak2 la wat spare dalam beg kot2 jumpa kucing jalanan boleh bagi makan, macam tuan HERO (kakimotong)..Sapa tak kenal HERO klik kat hero tu k.


sekadar gambar hiasan

Selasa, 6 Mac 2012

CUTI-CUTI OVER THE SEE

SETELAH BERBULAN TAK UPDATE BLOG, HARI NIE NAK BUAT PROMOSI CIKIT...UNTUK MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MELANCONG KE CHINA, AKU NAK PROMOTE CIKIT JE UNTUK SEMUA :

: Promosi ke Guangzhou & Shenzhen
Selama 5 hari /4 malam
RM1800 all in
Tarikh: 5-9 Julai 2012

: Kepada yang berminat sila PM, no contact akan di beri kepada yang berminat sahaja.


Isnin, 2 Januari 2012

Berakhirnya Cuti Rehat 10 Hari

Hai, Bosan xtau ape nak cite...cuma nak buat rekod baru, kot2 lepas nie aku leh wat rekod taip banyak cite untuk tahun baru nie...bukan ape, sebab aku nie pemalas cikit, saja gatal tgk orang ade blog aku pun nak ade blog..konon nak cite pasal diri n wat diari tapi xde bnda pn...heheheh.
Hari nie last aku bercuti setelah 10 hari bercuti, stay kat rumah, on9 tiap2 hari sampai pagi, makan, tidor, upload movie, tengok tv dan membesor kan badan..hahahaha...hah lagi 1 pegi shopping dengan mak...hehe.
Esok bermulalah hari pertama berkerja dalam tahun baru nie, sonok sangat nak masuk opis nie, bukan kenape sebab bosan giler dok umah membesor kan badan, dah macam tempayan kata mak, adoi.....hehehehe
Esok mesti mak kembali bosan, pasal aku xde nak teman die..dah 10 hari cuti aku lah kawan die kat rumah n kemana2 aku lah yang die ajak teman, kesian kat mak, tapi xpe aku dh tinggal kan job baru tok die buat so xde la die bosan sangat..hehehe..."mak, mak tolong jahitkan lapik hantaran tu cantik2 tau..nanti ANAK bagi upah k" hehehehe.
Ok lah, cakap banyak tak guna, pada staf2 MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) tunggu aku masuk opis eik, korang mesti rindu aku kan..hehehe.



Ahad, 1 Januari 2012

WELCOM 2012....GOOD BYE 2011.....

Hai pembaca blog sekalian alam, agak lama tak update blog nie....dah besawang2 dah blog nie haaa..

Sebernaya saja menjengah blog nie nak bersih2 kan sesawang yang ada, al maklum la dah masuk tahun baru la kata kan so tak kan nak biar semak samun je kan baik la di kemas2 cikit supaya ade la orang nak datang melawat blog buruk aku nie...huhuhu..

Malam tadi selamat lah sudah kita meninggal kan tahun 2011 dan secara rasmi nye bermula lah 2012 pula untuk hari ini, Agak2 azam korang yang tahun lepas tu dah tercapai ke blom ye?? so kalau ade yang blom tercapai tu continue la tahun nie ok..heheheh

Untuk aku pulak, azam tahun baru nie aku nak duduk umah and tunggu orang MASUK MEMINANG..heheh..mudah mudahan di makbulkan..bunyi agak gatal, tapi tu la azam aku..haaaaa.

So sampai cini je la tugas aku membersihkan semak samun n sawang2 yang ada nie...lain masa kau datang lagi k.

p/s : Pada semua warga blogger SELAMAT TAHUN BARU , SEMGA DI PANJANGKAN USIA DAN DI MURAHKAN REZEKI..AMAINNNNN.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Hazri dan Sue

Daisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers