Khamis, 14 Jun 2012

Selangkah Menuju Ke Arah Kebahagiaan

Sedar tak sedar dah hampir 5 tahun perkenalan kami, 2 Jun 2012 kami melangkah setapak ke suatu alam yang baru dengan ikatan pertunangan, maka termeterailah satu perjanjian untuk melangkah ke alam seterusnya.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali, majlis secara kecil-kecilan itu di hadiri kaum keluarga dari sebelah ayah dan mak serta jiran-jiran rapat dan sahabat-sahabat old skool. 

Majlis bermula pukul 12 tengah hari, dimulakan dengan mesyuarat keluarga dan doa selamat oleh tok cu dan pada pukul 2 petang rombongan pun sampai, pembuka kata tepak sirih dan sirih junjung di keluarkan sebagai memenuhi adat bagi orang perak semasa memulakan bicara kata.

Janji dimeterai oleh kedua-dua belah pihak, maka dengan itu rasmilah sudah aku menjadi tunangan kepada pak cik hazrie a.k.a D.E atau sekarang my mr.tunangan..hehehe..!! Selangkah lagi untuk kita bersatu, bertunang tidak bererti kita bebas melakukan ape yang kita suka, adap dan sopan masih harus di turuti..jaga-jaga !!!!.

Tersarung sudah sebentuk cincin di jari manis ku sebagai tanda bahawa aku sudah pun ditanda milik oleh seorang lelaki yang bakal ku sayang sepenuh hati sehingga akhir hayat ku, yaallah bahagianya hidup terasa berbunga-bunga hati ni..huhuh !!!

Buat arwah mak (mak mertua), mungkin kita tak sempat berkenalan dengan lebih rapat tapi jangan risau, Sue janji, sue akan jaga D.E sebaik-baiknya, mungkin bukan mak yang sarungkan cincin pada sue tapi terima kasih sebab hadiahkan sue sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya (sepasang telekung), sue sangat terharu dan akan sue gunakan sebaik mungkin supaya pemberian tu tidak di sia-siakan..T_T.

Mohon berkat daripada semua, doakan kebahagiaan kami. Semoga segala persiapan untuk kami melangkah ke alam yang lebih mencabar tiada penghalang dan jauhkanlah kami dari segala malapetaka yang tidak di ingini..Amin.

p/s : Nantikan cerita persiapan majlis besar pulak okey..(^__^)


ini la my mr. tunangan ^__^

Tiada ulasan:

Hazri dan Sue

Daisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers